-=sampaikan pada wanita=-
1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk
daripada 1,000 lelaki yang jahat.
4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya
(susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang
diberikannya. 6. Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad
7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana
menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20
orang hamba.
8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang
melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh
rahmat.
9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan
Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500
tahun lebih
awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000
maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan
dimandikan di dalam syurga, dan menunggu
suaminya
dengan menunggang kuda yang dibuat daripada
yakut.
10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam
hari kerana menjaga anak yang sakit akan
diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan
bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12
tahun pahala ibadat.
11. Wanita yang memerah susu binatang dengan
“bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan
doa keberkatan.
12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan
bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.
13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir
akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di
baitullah.
14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat
pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk
memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia
suka.
15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa
pada siang hari.
16. Wanita yang hamil akan dapat pahala
beribadat pada malam hari.
17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70
tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada
satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari
selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan
mendapat pahala 12 tahun solat.
20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup
tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di
langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib
baginya.
21. Jika wanita memberi susu badannya kepada
anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala
satu tahun solat dan puasa.
22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan
mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita
memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala
tola perak.
23. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan
suaminya akan memasuki syurga.
24. Jika suami mengajarkan isterinya satu
masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
Hadis nabi mengenai wanita:
Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana
sifat penyayang yang lebih kuat daripada
lelaki.Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal
tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang
daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak
akan sia-sia”.
Wallahua’lam..
Ya Allah, adakah aku ini hamba-MU yang layak untuk
merindui syurgaMu.Tak t’daya rasanya menuju ke
sana lantaran godaan syaitan & hawa nafsu.